Pustaka - Pengenalan Unit Ukhuwah
Unit Ukhuwah sebelum ini dikenali dengan Bahagian Kebajikan Saudara Baru. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1974 dengan dikelolakan oleh seorang Pegawai Agama (Pengelola Kebajikan Saudara Baru Negeri Johor) dibantu oleh seorang Pembantu Pengelola Kebajikan Saudara Baru (Peringkat Ibu Pejabat). Manakala di daerah- daerah pula dibantu oleh Penolong Pengelola Kebajikan Saudara Baru Daerah yang juga Pegawai Penerangan Agama Daerah. Keadaan ini berjalan hingga pertengahan tahun 1981.
Pada awal bulan Ogos 1981 diadakan perubahan dengan melantik Pegawai Kebajikan Saudara Baru Negeri Johor yang terdiri daripada Pegawai – Pegawai Penerangan agama Daerah (merangkap) mulai dari 1 Ogos 1981 berlanjutan hingga tahun 1984.

Pustaka - Nasyid Puteri Nur Bayyati
Kumpulan Puteri Nur Bayyati dari Jabatan Agama Johor Johan kategori irama tradisional di Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2007/2008
Penyusunan Semula

Penyusunan semula struktur organisasi Jabatan Agama Johor telah dilaksanakan mulai bulan Jun 1992. Bahagian Penerangan Agama telah ditukar namanya kepada Bahagian Dakwah. Bahagian ini diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Dakwah dan dibantu oleh tiga orang Penolong Pengarah di Unit Dakwah, Unit Ukhuwah dan Unit Urusetia.
Objektif Penubuhan

Untuk mengembang Syiar Islam di Negeri Johor Darul Takzim.
Untuk menguruskan proses pengIslaman saudara baru.
Mendidik dan mengukuhkan akidah kepada saudara baru.