1 2 3 4 5

Ucapan Aluan Pengerusi

Assalamualaikum wbth. Unit Ukhuwah merupakan satu unit di bawah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Johor. Unit ini secara dasarnya menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan mereka yang memeluk Islam dan tinggal di Negeri Johor. Selain itu Unit Ukhuwah juga menjaga kepentingan dan kebajikan orang asli Islam di Negeri Johor.

Di antara tujuan penubuhan Unit Ukhuwah ialah menguruskan proses pengislaman, kelas-kelas fardhu ain, kebajikan dan pelaksanakan program-program pengukuhan akidah.

Mudah-mudahan dengan tertubuhnya laman web ini dapat memberi informasi dan maklumat berkaitan dengan perkembangan Unit Ukhuwah secara holistik di Negeri Johor sebagaimana hasrat kerajaan negeri yang ingin mensasarkan kerajaan elektronik menjelang 2011.

Selain itu ianya memberi ruang kepada masyarakat untuk mengetahui akan peranan Unit Ukhuwah dan seterusnya memberikan pandangan dan menyalurkan maklumat-maklumat berkaitan dengan saudara kita untuk kebaikan ukhuwah bersama.

Kepada semua pegawai Unit Ukhuwah khususnya, saya rakamkan ucapan syabas akan penerbitan laman web ini dan teruskan usaha dalam memainkan peranan penting mengelola saudara kita di Negeri Johor ini.

Salam Ukhuwah

Y.B. TUAN HAJI ZAINAL ABIDIN BIN HAJI OSMAN
KMN., PIS.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor

Aktiviti Terkini

  • Kelas Saudara Baru Daerah Johor Bharu
  • Kelas Saudara Baru Daerah Muar
  • Kelas Saudara Baru Daerah Batu Pahat
  • Kelas Saudara Baru Daerah Segamat
  • Kelas Saudara Baru Daerah Keluang
  • Kelas Saudara Baru Kota Tinggi
  • Kelas Saudara Baru Pontian
  • Kelas Saudara Baru Mersing

Maklumat Lanjut..











-