Gambar Aktiviti

Latar Belakang




Unit Ukhuwah sebelum ini dikenali dengan Bahagian Kebajikan Saudara Baru. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1974 dengan dikelolakan oleh seorang Pegawai Agama (Pengelola Kebajikan Saudara Baru Negeri Johor) dibantu oleh seorang Pembantu Pengelola Kebajikan Saudara Baru (Peringkat Ibu Pejabat). Manakala di daerah- daerah pula dibantu oleh Penolong Pengelola Kebajikan Saudara Baru Daerah yang juga Pegawai Penerangan Agama Daerah. Keadaan ini berjalan hingga pertengahan tahun 1981.

Pada awal bulan Ogos 1981 diadakan perubahan dengan melantik Pegawai Kebajikan Saudara Baru Negeri Johor yang terdiri daripada Pegawai – Pegawai Penerangan agama Daerah (merangkap) mulai dari 1 Ogos 1981 berlanjutan hingga tahun 1984.

Pada bulan Jun 1984, Pegawai Kebajikan Saudara Baru Negeri Johor seramai 9 orang telah dilantik dimana 8 orang ditempatkan ditiap – tiap daerah dan seorang di Ibu Pejabat.

Pada tahun 1986 seorang Pembantu Tadbir telah dilantik bagi membuat kerja-kerja Bahagian Kebajikan Saudara Baru.

Baca lagi..

Objektif Penubuhan




Untuk menguruskan proses kemasukan Islam di Negeri Johor.

Membuat tindakan susulan seperti mengadakan kelas – kelas agama Fardu Ain dan lawatan lawatan bagi memastikan semua saudara baru mndapat pengetahuan Islam yang secukupnya.

Mengadakan usaha usaha dan aktiviti – aktiviti bagi memantapkan kepercayaan dan keimanan kepada saudara baru bagi mengelakkan berlakunya perbuatan riddah di kalangan mereka.

Membantu kebajikan para saudara baru yang tidak bertentangan dengan syarak dan undang undang serta dasar kerajaan.

Baca lagi..

Visi dan Misi




Visi : “Membentuk masyarakat Islam yang Sejahtera”

Misi : Membentuk individu dan Masyarakat yang Bersatu Padu, Berakhlak Mulia, Maju, Dinamik dan Menterjemahkan Keindahan Islam dalam Kehidupan bagi MencapaiKesejahteraan Hidup di Dunia dan Akhirat

Kembali..